Walkaton anjuran KUPU SB sempena Hari Diabetes Sedunia

14 Nov 2026 - 6:35am

Oleh : Khartini Hamir

Foto : Ihsan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 November. - Sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kebersamaan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Kelab Fikrah, Fakulti Usuluddin pagi tadi menganjurkan Program Langkah Sihat, Elak Gula: Diabetes Awareness Walk.

Hadir menyertai program berkenaan, Ra'es, KUPU SB, Dr. Awang Haji Arman bin Haji Asmad.

Turut hadir, pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa mahasiswi KUPU SB.

Program walkaton bersempena Hari Diabetes Sedunia itu bermula dari kampus KUPU SB dan berakhir di Taman Mahkota Jubli Emas.

Melalui program seumpama ini, para peserta diharap dapat menghayati nilai ukhuwah Islamiah, mengeratkan hubungan silaturahim serta membudayakan amalan hidup sihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup seorang Muslim.

Ia juga menjadi medium terbaik dalam membentuk nilai disiplin, kerjasama, semangat kesukanan serta menggalakkan penglibatan aktif warga KUPU SB dalam program pembangunan sahsiah dan komuniti.