Sukuk Al-Ijarah ke-266 diterbitkan

6 Nov 2026 - 7:39am

Siaran Akhbar dan Infografik : Brunei Darussalam Central Bank

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 November. - Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), selaku ejen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir penerbitan Sukuk Al-Ijarah, sukacitanya mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti Sukuk Al-Ijarah ke-266 berjumlah BND36 juta.

BDCB dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa Sukuk Al-Ijarah siri 266 diterbitkan 5 November bagi tempoh 182 hari dengan tempoh matang pada 6 Mei 2027 dan kadar sewa 1.5625 peratus.

Dengan penerbitan ini, kerajaan setakat ini telah menerbitkan sekuriti Sukuk Al-Ijarah bernilai BND18.74 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006, dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei yang belum matang setakat 5 November 2026 ialah sebanyak BND321 juta.