SR Beribi Telanai raikan pelajar cemerlang

26 Nov 2026 - 7:28am

Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Rendah Beribi Telanai

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 November. - Sekolah Rendah Beribi Telanai telah mengadakan Majlis Sambutan Pelajar Cemerlang bertempat di Dewan Berdudun sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Guru Besar Sekolah Rendah Beribi Telanai, Dayang Isma Hidayati binti Ismail. Turut hadir, ibu bapa dan penjaga murid-murid yang diraikan.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan beramai dan bacaan doa yang dipimpin oleh Awang Haji Md. Ali Hassan bin Haji Ramli bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis tersebut.

Kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada guru besar sekolah berkenaan, diikuti dengan tayangan video 2026 dan penyampaian hadiah-hadiah bagi pelajar cemerlang pada tahun ini. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.

Pihak sekolah berharap majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk penghargaan dan pembakar semangat terhadap usaha serta pencapaian murid-murid.

Diharapkan juga agar pengalaman manis yang diperoleh melalui majlis ini akan menjadi kenangan indah kepada semua serta menjadi motivasi pelajar untuk mereka terus melangkah kecemerlangan yang seterusnya.

Adapun tujuan diadakan adalah bagi meraikan kejayaan dan pencapaian pelajar yang telah lulus dengan cemerlang pada tahun ini. Ia juga bertujuan memberikan penghargaan kepada pelajar semua atas usaha, perkembangan dan pencapaian mereka.