Siaran Akhbar dan Foto : Ihsan Sekolah Bright Jigsaw
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 November. - Bagi meraikan pencapaian dan kejayaan pelajar-pelajar bagi sepanjang tahun, Sekolah Bright Jigsaw (BJS) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Hari Graduasi bagi murid Tadika (KG3) dan juga murid Tahun 6 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Pengajian, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pendidikan), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Dayang Nor Azura binti Abdullah.
Seramai 36 murid tadika (KG) dan 23 murid Tahun 6 telah diraikan pada majlis tersebut. Sementara itu, seramai 51 murid telah menerima Anugerah Merit dan 12 murid menerima Anugerah Loyalty. Kesemua anugerah telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis serta salah seorang Ahli Lembaga Pengarah.
Acara turut diserikan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran dan terjemahannya yang telah dipersembahkan oleh wakil-wakil dari Tahun 6 dan juga persembahan lagu graduasi oleh pelajar yang diraikan. Sekolah Bright Jigsaw berharap acara ini akan dapat terus menyuntik semangat pelajar untuk terus tekun belajar dan memperoleh kejayaan.