Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Tunas Jaya Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei Belait
KUALA BELAIT, Selasa, 24 November. - Sekolah Tunas Jaya (STJ) Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Belait telah mengadakan Majlis Konvokesyen bagi Murid-Murid Kindergarten 3 dan Tahun 6 serta diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Tahun 2026.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dipertua PGGMB, Awang Haji Mustapa bin Haji Masri dan seterusnya menyempurnakan majlis graduasi. Turut hadir bersama ialah Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) dan Jawatankuasa Tadbir (JKT), Ketua Kampung Pandan, Guru-Guru Besar Sekolah PGGMB, guru-guru, ibu bapa / penjaga dan murid-murid.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk graduan Kindergarten 3 dan murid Tahun 6, diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan lagu sekolah, 'Pendidikan Teras Kejayaan'.
Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan Guru Besar STJ PGGMB Kuala Belait, Dayang Fazziah binti Haji Kamis.
Dalam ucapannya, beliau mengongsikan majlis pagi ini adalah merupakan apresiasi dan penghargaan kepada murid-murid di sekolah ini khususnya Kindergarten 3 dan murid Tahun 6.
Tambah beliau, mereka merupakan sebuah mutiara yang sentiasa dan terus menyinarkan sekolah ini dalam mengharungi proses pengajaran dan pembelajaran dengan penuh kesungguhan dan kecekalan.
“Mereka memiliki potensi yang positif dalam meningkatkan kecemerlangan dalam akademik mereka. Para ibu bapa dan penjaga juga merupakan nadi dalam kecemerlangan sekolah ini. Tahun ini peratus PSR 2026 adalah sebanyak 96 peratus.
“Alhamdulillah ibu bapa dan penjaga murid sangat gembira melihat potensi, kebolehan dan kretaviti anak-anak mereka semasa membuat persembahan yang diikuti anak-anak mereka,” jelasnya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan yang dipersembahkan oleh murid-murid Kindergarten 1 hingga Kindergarten 3 dan Tahun 1 hingga Tahun 6 turut memeriahkan suasana majlis serta menghiburkan para ibu bapa dan penjaga yang hadir.
Sementara itu, penyampaian hadiah dan Sijil Terbaik kepada Kindergarten 1 hingga Tahun 5, Penyampaian Iman dan Bilal Cilik serta ucapan penghargaan daripada wakil murid Tahun 6.