Pusat Kesihatan Jubli Emas Bunut alami gangguan sistem pendingin hawa

25 Okt 2026 - 6:17am

Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Oktober. - Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam memastikan kemudahan dan prasarana kesihatan berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi secara optimum bagi menjamin kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan serta keselesaan orang ramai.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Jubli Emas Bunut pada masa ini sedang mengalami gangguan sistem pendingin hawa yang memerlukan kerja-kerja pembaikan.

Sebagai langkah segera, beberapa buah kipas angin dan mesin penyejuk udara (‘coolers’) telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang terjejas.

Usaha untuk mendapatkan tambahan peralatan penyejukan ini sedang dipergiat bagi memastikan suasana yang lebih selesa dapat dikekalkan sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan pendingin hawa ini dijalankan, Kementerian Kesihatan memohon kerjasama para pengunjung untuk berhati-hati serta mematuhi sebarang arahan yang diberikan demi keselamatan bersama.

Kementerian Kesihatan turut menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh pembaikan ini.

Bagi sebarang maklumat terkini, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan di ‘www.moh.gov.bn’ atau media sosial rasmi Instagram Kementerian Kesihatan di ‘@mohbrunei’ atau menghubungi Talian Darussalam 123.