Siaran Akhbar dan Foto : Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Oktober. - Seramai 19 orang delegasi dari Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) berlepas ke Republik Singapura bagi menghadiri 40th ASEAN Council Of Teachers + Korea (ACT+Korea) Convention 2026.
Delegasi berkenaan diketuai oleh Yang Di-Pertua PGGMB, Awang Haji Mustapa bin Haji Masri, dan turut disertai oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKTT) PGGMB, guru-guru sekolah serta ahli-ahli PGGMB.
Konvensyen tersebut berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di D'Marquee, Downtown East, Republik Singapura, dengan penyertaan dari Negara Brunei Darussalam (NBD), Kemboja, Republik Indonesia, Republik Korea, Malaysia, Republik Filipina, Thailand dan Republik Sosialis Viet Nam.
Dalam konvensyen berkenaan, NBD akan menyampaikan kertas kerja, Laporan Negara (Country Report) dan pembentangan dalam sesi selari (Concurrent Session).
Laporan Negara akan disampaikan oleh wakil dari Kementerian Pendidikan, manakala sesi selari akan dikendalikan oleh seorang guru dari Sekolah Tunas Jaya Madang.
PGGMB terus memainkan peranan aktif serta memberikan sokongan berterusan terhadap ACT sejak penglibatan dalam inisiatif berkenaan bermula.
Penyertaan dalam konvensyen tersebut diharap akan memberikan peluang kepada para delegasi untuk menimba pengetahuan, berkongsi pengalaman serta memperoleh pendedahan mengenai perkembangan dan amalan pendidikan terkini di rantau ini.