Perdana Menteri Malaysia tiba di NBD

22 Og 2026 - 9:41am

Oleh : Rohani Haji Abdul hamid

Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

BERAKAS, Jumaat, 21 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail serta rombongan, petang tadi.

Juga hadir bagi mengalu-alukan ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan isteri ialah Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Menteri Pengiring dan isteri.

Juga berada di LTAB, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan Setiausaha-setiausaha Tetap dari JPM dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bersama pasangan masing-masing.