DARIPADA Ibnu Umar Radiallahuanhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : “Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) pada perkara yang dia sukai mahupun yang dia benci, kecuali jika dia diperintahkan untuk melakukan kemaksiatan. Apabila dia diperintahkan untuk melakukan kemaksiatan, maka tidak boleh didengar dan tidak boleh ditaati”. (Hadis riwayat Imam Muslim)