Lapangan Terbang Riyadh diserang: Angka korban meningkat 13 orang

11 Okt 2026 - 11:08am

ISTANBUL, 12 Okt. - Angka korban akibat serangan Houthi pada Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi meningkat kepada 13 orang selepas seorang warga India meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Kedutaan India.

Dalam satu kenyataan di Facebook, kedutaan itu memaklumkan bahawa seorang warga India yang cedera dalam serangan pada 10 Okt itu "malangnya telah meninggal dunia hari ini."

Kedutaan itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan memaklumkan bahawa pihaknya sedang berhubung dengan mereka.

Kedutaan itu juga berjanji memberikan sokongan penuh bagi memastikan penghantaran pulang jasad mangsa ke India dilakukan dengan segera.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini memaklumkan bahawa serangan ke atas lapangan terbang berkenaan mengorbankan 12 orang dan mencederakan 309 yang lain. - ©BERNAMA