Atlet renang NBD berjaya memperbaharui rekod peribadi

25 Jul 2026 - 6:27am

Oleh : Srinarawie Bidzah

Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 Ke-23

GLASGOW, SCOTLAND, Jumaat, 24 Julai. – Atlet renang Negara Brunei Darussalam (NBD), iaitu Wong Hayley berjaya memperbaharui rekod peribadinya dalam acara Women's 50m Butterfly dengan catatan masa 28.99 pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Acara renang berkenaan berlangsung di Tollcross International Swimming Centre, Glasgow, Scotland.  

Pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 ini, NBD menyertai tiga acara sukan daripada 10 sukan yang dipertandingkan iaitu renang, olahraga dan angkat berat.

Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel buat kali kedua selepas kali pertama menganjurkan temasya itu pada 2014. Temasya sukan yang dianggotai oleh Negara-negara Komanwel akan dilangsungkan bermula dari 23 Julai 2026 hingga 2 Ogos 2026.