Senarai premis makanan diberikan Sijil Halal, Permit

2 Sep 2026 - 6:44am

Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Hal Ehwal Ugama

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 September. - Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa bagi Jun 2026, beberapa premis makanan di negara ini telah diluluskan dan diberikan Sijil Halal dan / atau Permit, sama ada bagi Permohonan Baharu atau Permohonan Membaharui oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Permohonan Baharu Sijil Halal dan Permit yang diluluskan adalah seperti berikut, iaitu Sijil Halal sebanyak 47 permohonan dan permit sebanyak tiga permohonan. Sementara Permohonan Membaharui Sijil Halal dan Permit yang diluluskan adalah seperti berikut, iaitu Sijil Halal sebanyak 68 permohonan dan permit sebanyak 10 permohonan.

Senarai premis makanan yang telah diluluskan dan diberikan Sijil Halal dan / atau Permit oleh MUIB, sama ada bagi permohonan baharu atau permohonan membaharui boleh dirujuk pada infografik yang disediakan.

Bagi senarai lengkap premis makanan di seluruh negara yang telah diberikan Sijil Halal atau Permit MUIB, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi KHEU, www.mora.gov.bn atau merujuk Instagram Bahagian Kawalan Makanan Halal @halal.bn dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian melalui WhatsApp +6737103111 atau e-mel kepada Bkmh@mora.gov.bn.