Migrasi sistem talian kecemasan 993 dilaksanakan 8 September

8 Sep 2026 - 6:23am

Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. – Unified National Networks (UNN) melalui Imagine Sdn. Bhd. akan melaksanakan migrasi sistem talian kecemasan panggilan 993 yang sedia ada di Pusat Kawalan Negara (PKN) daripada teknologi lama, iaitu jenis ISDN kepada teknologi baharu jenis SIP Tunk.

Pertukaran berkenaan dijangka akan mengambil masa selama lebih kurang tiga jam tanpa gangguan kepada panggilan Talian Kecemasan Polis 993.

Dalam perkara berkenaan, perlaksanaan migrasi sistem talian diadakan pada Selasa, 8 September 2026 bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di PKN, Gadong.

Sehubungan itu, orang ramai boleh terus menghubungi Talian Kecemasan Polis 993 bagi sebarang kecemasan. Namun semasa tempoh penyelenggaraan berkenaan, talian berkenaan akan mengalami kapasiti panggilan masuk yang terhad.