Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Ogos. - Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan serbuan di sebuah hotel di kawasan Kampung Pengkalan Gadong, baru-baru ini.
Hasil serbuan berkenaan, seorang wanita warganegara asing berumur 33 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Suspek bersama bahan-bahan bukti telah dibawa ke JSJ bagi menjalani siasatan dan tindakan lanjut.
Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 294A, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
Operasi seumpama berkenaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan premis-premis penginapan tidak disalahgunakan sebagai tempat menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang serta memelihara ketenteraman masyarakat.