Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
BELAIT, Khamis, 3 September. - Awangku Mohammad Azman bin Pengiran Mat Jalani, warganegara Brunei berusia 24 tahun telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND67,000 atau 16 bulan pemenjaraan.
Awangku Mohammad Azman mengaku bersalah di hadapan Majistret, Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 kerana memiliki 468 unit ‘vape’ pelbagai jenis tanpa kebenaran yang sah.
Defendan ditangkap pada 14 September 2025 pada pukul 4.30 petang, bertempat di Bahagian Ketibaan, Pos Kawalan Sungai Tujoh, Kuala Belait.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu ‘vape’ pelbagai jenis dihukum rampas untuk diserahkan kepada pihak kerajaan bagi tujuan pelupusan.