Bantu kesan pekerja lari daripada majikan

1 Sep 2026 - 5:10am

Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Ogos. - Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Tutong ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Republik Indonesia yang dipercayai lari daripada majikan.

Pekerja berkenaan ialah Iyan Setiawan, berusia 46 tahun, dengan nombor pasport E2884143.

Jika terdapat sebarang maklumat mengenai beliau, sila hubungi Balai Polis Tutong menerusi talian +673 4221333 atau +673 4222580 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau terus melaporkan ke balai-balai polis berdekatan.