AOMORI (JEPUN), 22 Ogos. - Seorang pelancong asing diserang beruang berhampiran dek pemerhatian yang menghadap Tasik Towada, lokasi pelancongan popular di wilayah Aomori, timur laut Jepun, menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor Kyodo News.
Lelaki itu yang mengalami kecederaan pada lengan kanan akibat digigit beruang diterbangkan ke hospital, namun masih boleh berkomunikasi, menurut pihak berkuasa bandar Towada dan jabatan bomba tempatan. - ©BERNAMA