BOGOTA, 22 Ogos. - Jumlah korban akibat gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda Colombia pada 10 Ogos lalu meningkat kepada 321 orang, menurut Unit Nasional Pengurusan Risiko Bencana (UNGRD), hari ini.
Dalam kemas kini yang disiarkan di platform X, agensi berkenaan memaklumkan bahawa seramai 4,595 orang cedera manakala 257 lagi masih hilang. Seramai 364 orang berjaya diselamatkan.
Menurut UNGRD, bencana itu menjejaskan 476 kawasan perbandaran di 15 jabatan, melibatkan 284,185 penduduk serta 1,236 haiwan.
Sebanyak 467 bangunan dilaporkan runtuh, manakala 163,884 rumah mengalami kerosakan dan 31,445 rumah musnah.
Turut terjejas ialah 4,611 pusat komuniti, 3,579 pusat pendidikan, 351 pusat kesihatan, 435 jalan raya, 111 sistem bekalan air, 69 jambatan kenderaan, 14 jambatan pejalan kaki dan lima lapangan terbang.
Operasi mencari dan menyelamat serta usaha bantuan terus dijalankan di kawasan yang terjejas. - ©XINHUA