10 maut, lebih 10 cedera dalam pertempuran antara komuniti di Chad

22 Og 2026 - 11:16am

YAOUNDE, 22 Ogos. - Sekurang-kurangnya 10 individu maut dan lebih 10 yang lain cedera dalam pertempuran antara komuniti di Wilayah Batha, Chad, menurut media tempatan dan saksi pada Jumaat, lapor Xinhua.

Keganasan tercetus pada Khamis di kawasan Rebmbara dan Alkhaba apabila komuniti yang bertelagah bertempur susulan pertikaian tanah pertanian.

Presiden Majlis Wilayah Batha Rakhis Ahmat Saleh dalam kenyataan pada Jumaat menyifatkan keadaan itu sebagai 'amat dikesali' dan menggesa penduduk mengutamakan dialog serta perdamaian.

Pasukan keselamatan telah dikerahkan ke kawasan itu bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk dan memulihkan ketenteraman, menurut pegawai.

Pertempuran antara komuniti yang dikaitkan dengan pertikaian tanah sering berlaku di Chad. - ©BERNAMA