Sukan Riadah pupuk perpaduan dalam kalangan warga mukim

25 Og 2026 - 7:26am

Siaran Akhbar dan Foto : Majlis Perundingan Mukim Kota Batu

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Ogos. - Majlis Perundingan Mukim (MPM) Kota Batu telah menganjurkan Fun Bowling sebagai Sukan Riadah bagi ahli-ahli jawatankuasa MPM dan Majlis Perundingan Kampung, takmir masjid, para belia dan ahli keluarga berlangsung di Golden Bowling, Airport Mall, baru-baru ini.

Sukan Riadah berkenaan diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di samping memupuk perpaduan dalam kalangan warga mukim, selain itu juga sebagai wadah menyokong usaha pihak kerajaan dalam memeriahkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi Tahun 2026.

Sebanyak 10 pasukan menyertai yang terdiri daripada ketua-ketua kampung, ahli MPK dan keluarga masing-masing. Pasukan Bujang Pahang wakil dari Kampung Menunggol dinobatkan sebagai juara berdasarkan mata terbanyak dikumpul.

Hadir bagi menyampaikan hadiah pada acara sukan berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lawi bin Lamat, Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh dan Ketua Kampung Subok.

Turut hadir, Ahli MMN,  Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan, Ketua Kampung Belimbing dan Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Rasli bin Taram dan ketua-ketua kampung di Mukim Kota Batu.