Siaran Akhbar dan Foto : Sekretariat ASEAN-BAC Brunei Darussalam
MANILA, Isnin, 23 November. - Pengarah Urusan Adinin Group of Companies, Musa Adnin, selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Brunei Darussalam baru-baru ini telah mewakili ASEAN-BAC Brunei Darussalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) 2026.
Dianjurkan oleh ASEAN-BAC Philippines di Solaire Resort Manila Bay, Sidang Kemuncak tersebut menghimpunkan pemimpin perniagaan, pelabur dan penggubal dasar untuk membincangkan perdagangan dan pelaburan serantau.
Di luar ABIS, Musa menandatangani Memorandum Persefahaman untuk menubuhkan ASEAN Franchise Committee (AFC) di bawah the Asia Pacific Franchise Confederation (APFC). Beliau menandatangani bagi pihak National Chambers of Commerce and Industry of Brunei Darussalam (NCCIBD) selaku kapasitinya sebagai Timbalan Presiden. The Philippine Franchise Association yang berperanan sebagai Sekretariat APFC menyelaraskan majlis penandatanganan di Solaire Resort Manila Bay. Jawatankuasa itu akan menyokong pertukaran kepakaran dan membantu perniagaan francais berkembang di seluruh pasaran ASEAN.
Sementara itu, Setiausaha Agung ASEAN menghadiri ASEAN Leaders’ Interface dengan ASEAN-BAC.
Pada Anugerah Perniagaan ASEAN 2026 yang berlangsung di Bandar Parañaque pada 15 November, Al-Huffaz Management dari Negara Brunei Darussalam memenangi Kategori Sektor Integrasi Keutamaan - Modal Insan & Perkhidmatan Perniagaan.
Pemimpin-pemimpin ASEAN menubuhkan ASEAN-BAC pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-7 di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada November 2001.
Dilancarkan pada April 2003, ASEAN-BAC berperanan untuk menasihati pemimpin ASEAN mengenai keutamaan sektor swasta dan mengesyorkan langkah untuk memajukan integrasi ekonomi serantau.