BAHAN-BAHANNYA :
1 ikat kacang panjang (potong serong)
Segenggam ikan masin
4 biji jagung muda (dihiris serong)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 biji bawang merah (hiris)
1 st cili kisar
1 st sos tiram
1 biji lada merah (hiris serong)
Sedikit secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMASAKNYA :
Ikan masin dibasuh dan goreng garing setelah itu angkat dan toskan. Kemudian tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu dengan minyak baharu. Masukkan cili kisar, sos tiram dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak dan garing. Masukkan kacang panjang, jagung muda dan lada merah dan gaul rata. Tambahkan air jika terlalu kering.
Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan tambah secukup rasa. Masak sebentar saja agar kacang tidak lembik. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidang.