Seorang individu dikenakan denda kompaun

23 Okt 2026 - 5:59am

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Daerah Tutong

TUTONG, Khamis, 22 Oktober. - Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong telah mengeluarkan kompaun terhadap seorang Individu kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) atas kesalahan membuang air kotoran dan ketulan ais di luar bangunan di tempat awam di Lot : 2514 Bangunan Haji Abu Yusof Kampung Petani Tutong.

Individu berkenaan ialah Dayang Nur Anisah binti Abdullah Baculi @ Anicia A. Baculi dengan nombor kad pintar 31-003110 yang merupakan penduduk tetap dikenakan denda kompaun sebanyak BND500 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

Jika gagal membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan maka individu tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND1,000 dan tidak melebihi BND3,000.

Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND3,000 dan tidak melebihi BND9,000 dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong sentiasa memberi peringatan kepada mana-mana individu ataupun badan-badan korporat agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini bagi sama-sama menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar dengan membuang bahan-bahan buangan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Negara Brunei Darussalam. Sebarang aduan boleh menghubungi Talian Hotline +673 7422084.