BDCB terbit I-Bills Ke-271 bernilai BND47.50 juta

23 Okt 2026 - 6:27am

Siaran Akhbar dan Infografik : Brunei Darussalam Central Bank

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Oktober. - Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), sukacitanya mengumumkan kejayaan penetapan kadar bagi terbitan BDCB I-Bills Ke-271.

Jumlah pengeluaran Sukuk Siri Ke-271 adalah sejumlah BND47.50 juta, iaitu tarikh pengeluaran pada 22 Oktober 2026, sementara tarikh matang adalah pada 19 November 2026 dalam jangka masa selama 28 hari pada kadar sewa 1.3000 peratus.

Dengan pengeluaran berkenaan, BDCB telah menerbitkan BDCB I-Bills jangka pendek bernilai keseluruhan BND8.13 bilion sejak tawaran pertama pada 22 Oktober 2020.

Jumlah pegangan dan baki tertunggak pegangan jumlah BDCB I-Bills yang masih belum matang setakat 22 Oktober 2026 berjumlah BND72.50 juta.