Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Tunas Jaya Lambak
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Ogos. - Setiap sekolah sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan sekolah masing-masing agar para murid akan dapat belajar dengan baik dan menikmati pembelajaran yang berkualiti.
Sehubungan itu, Sekolah Tunas Jaya Lambak (STJL) telah mengadakan Hari Keusahawanan bagi murid-murid sekolah berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohammad.
Menurut Guru Besar STJL, Dayang Noraidah binti Abdullah, program ini mempertengahkan kemahiran dan potensi murid-murid dalam bidang keusahawanan yang dipelajari di sekolah ini.
Dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah diperkenalkan dan mempamerkan usaha yang mereka pelajari mata pelajaran keusahawanan jelas beliau. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan lagu kebangsaan dan lagu sekolah.
Kemudian acara diteruskan dengan persembahan koir sekolah bertajuk 'We were in it together’, persembahan tarian daripada Pra 1 bertajuk ‘Labamba’, diikuti dengan tarian daripada Tahun 1 bertajuk ‘Field Day Kids Dance’.
Pada acara tersebut juga menyaksikan beberapa eksperimen yang dicipta oleh para murid dan pameran binatang eksotik serta pameran kraf tangan Pra 1 hingga Tahun 6.