Siaran Akhbar dan Foto : Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Panchor Mentiri
MENTIRI, Ahad, 12 Julai. - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mentiri dengan kerjasama MPK Kawasan 1 Perumahan Negara (PN) Panchor Mentiri mengadakan Sambutan Hari Keluarga berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mentiri, hari ini.
Hadir pada acara tersebut ialah Pemangku Penghulu Mukim Mentiri yang juga Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Panchor, Mentiri, Awang Haji Mohammad Eddie Hardey bin Haji Ibrahim dan Pemangku Ketua Kampung Kawasan 1, RPN Kampung Panchor, Awang Md. Zulkhairi bin Haji Junaidi.
Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Haji Mohammad Eddie Hardey menyatakan bahawa acara tersebut bukan sahaja menjadi sebagai aktiviti tahunan kampung bahkan ia juga dihasrat untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan penduduk kampung.
Di samping itu, juga ujarnya, diharapkan dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang. Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara tersebut.