PPPMB anjur Majlis Kesyukuran sempena Hari Keputeraan

10 Og 2026 - 5:52am

Siaran Akhbar dan Foto : Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei

GADONG, Ahad, 9 Ogos. - Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB) mengadakan Majlis Kesyukuran bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 yang berlangsung di Ibu Pejabat HiTUNE Group of Companies, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Ketua Kampung Subok yang juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh. Turut hadir, Timbalan Presiden Sosial dan Kebajikan, Awang Haji Yahya bin Haji Damit.

Presiden PPPMB, Awang Haji Aminorashid bin Haji Ghazali, melahirkan penghargaan serta harapan agar hubungan kerjasama dan silaturahim antara para peniaga, organisasi dan masyarakat akan terus diperkukuhkan demi kemajuan dan kesejahteraan negara.

Lebih 70 ahli perniagaan dan rakan kongsi menghadiri majlis berkenaan yang mencerminkan rasa syukur serta kecintaan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di samping menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para peniaga dan rakan kongsi.