BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Ogos. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi penukaran nama Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Jabatan Tenaga, Huluan dan Hiliran di JPM.
Tarikh penukaran nama jabatan berkenaan berkuat kuasa mulai Isnin, 19 Safar 1448 bersamaan 3 Ogos 2026.