Pelajar ITQSHHB berlepas ke Makkah Al-Mukarramah

7 Og 2026 - 7:46am

Berita dan Foto : Nurdiyanah Rajami

 

BERAKAS, Khamis, 6 Ogos. - Awang Muhammad Faiz Najwan bin Muhamad Saleh, Pelajar Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qira’at, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), pada petang tadi telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi menyertai 46th King Abdul Aziz International Competition for the Memorization, Recitation and Interpretation of the Quran di Makkah Al-Mukarramah.

Pertandingan tersebut akan berlangsung selama 14 hari, bermula 6 Ogos hingga 19 Ogos 2026.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pengetua ITQSHHB, Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, dan Timbalan Pengetua Pentadbiran 1, ITQSHHB, Awang Haji Md. Khairil Faizal bin Awang Haji Bakar.

Turut mengiringi peserta negara ialah Pegawai Pelajaran, ITQSHHB, Pengiran Haji Khairul Ikhwan bin Pengiran Haji Alit, selaku Pengurus Rombongan merangkap Jurulatih.

Awang Muhammad Faiz Najwan akan mewakili NBD dalam 46th King Abdul Aziz International Competition for the Memorization, Recitation and Interpretation of the Quran bagi Kategori Hafazan 15 Juzuk Al-Quran. Rombongan dijangka kembali ke NBD pada 21 Ogos 2026.