Berkenan meninjau HMAS Yarra, Holsworthy Barracks

15 Og 2026 - 6:50am

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Pg. Nur Hafilah Pg. Osman, Australian Government Department of Defence

SYDNEY, AUSTRALIA, Jumaat, 14 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri meneruskan lagi Lawatan Rasmi ke Australia dengan berangkat membuat tinjauan ke His Majesty’s Australian Ship (HMAS) Yarra serta Holsworthy Barracks, petang tadi.

Semasa tinjauan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berangkat ke HMAS Waterhen untuk membuat tinjauan ke HMAS Yarra yang merupakan sebuah kapal pesisir pemburu periuk api yang penting dalam strategi pertahanan Australia.

Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat melawat Holsworthy Barracks dan menyaksikan beberapa demonstrasi special forces.