Berkenan hantar perutusan tahniah

21 Jul 2026 - 8:52am

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada The Right Honourable Andy Burnham berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland yang baharu.

 

Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berharap agar The Right Honourable Andy Burnham akan mencapai kejayaan yang besar dan yakin di bawah kepimpinannya, United Kingdom (UK) akan terus mencapai kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam (NBD) amat menghargai hubungan yang telah sekian lama terjalin dengan UK, berasaskan kepercayaan dan perkongsian sejarah serta ikatan yang berkekalan dalam Komanwel.

 

Kebawah DYMM juga menzahirkan harapan untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala bersama dengan The Right Honourable Andy Burnham melalui Dialog Strategik Brunei-UK serta dalam kerangka kerjasama serantau, termasuk Perkongsian Dialog ASEAN-UK.

 

Pada mengakhiri titah perutusan berkenaan, baginda seterusnya berharap dapat bertemu dengan The Right Honourable Andy Burham dan seterusnya mengucapkan semoga ianya akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.