Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Pg. Nur Hafilah Pg. Osman
CANBERRA, AUSTRALIA, Khamis, 13 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat ke Upacara Meletakkan Kalungan
Bunga, bertempat di Australian War Memorial, Canberra.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Acting Director of Australian War Memorial, Tuan
Wayne Hitches; dan Head of Military History, Dr. Karl James.
Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan meletakkan kalungan bunga di Tomb of the Unknown Australian Soldier di memorial tersebut.
DYTM seterusnya berkenan berangkat melawat galeri Perang Dunia II di Memorial berkenaan.
Australian War Memorial menempatkan tugu peringatan muzium dan arkib bagi memperingati jasa rakyat Australia yang terkorban semasa peperangan atau operasi pertahanan, dan
kepada mereka yang berkhidmat semasa pertempuran.