Waspada SMS palsu yang mendakwa kesalahan lalu lintas

22 Okt 2026 - 5:23am

Siaran Akhbar : Pusat Kebangsaan E-Kerajaan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 Oktober. - Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa jabatan ini telah menerima laporan mengenai mesej Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) palsu yang mendakwa bahawa penerima telah melakukan kesalahan lalu lintas.

Mesej berkenaan mengandungi pautan ke laman sesawang palsu yang menyamar sebagai EGNC, dan penerima diminta untuk memberikan maklumat peribadi serta membuat bayaran bagi kesalahan lalu lintas yang didakwa atas penerima.

EGNC ingin menjelaskan bahawa mesej berkenaan bukan dikeluarkan oleh EGNC dan jabatan ini tidak akan meminta bayaran daripada orang ramai melalui SMS, WhatsApp atau sebarang pautan.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga berikut, iaitu elakkan daripada mengklik pautan yang mencurigakan atau memuat turun lampiran daripada sumber yang tidak dikenali; jangan dedahkan maklumat peribadi, kata laluan, On-Time Performance (OTP) atau butiran perbankan; sahkan kesahihan laman sesawang kerajaan dengan menyemak nama domain rasmi termasuk '.gov.bn'; berhati-hati apabila menerima mesej yang mendakwa mewakili agensi kerajaan; dan elakkan daripada berkongsi mesej yang belum disahkan.

Orang ramai yang menerima mesej mencurigakan atau memerlukan penjelasan digalakkan untuk menghubungi Talian Darussalam 123, e-mel ‘corpcomms@egnc.gov.bn’ atau melalui Instagram ‘@egnc.bn’.

Bagi yang telah mendedahkan maklumat sensitif atau membuat bayaran dinasihatkan untuk menghubungi bank masing-masing dengan segera dan melaporkan perkara berkenaan kepada Anti-Scam Hotline 16993.