Penerima Anugerah PMCA 2025 kongsi inspirasi, pencapaian

22 Okt 2026 - 5:33am

Oleh : Siti Rokiah Abdullah

Foto : Siti Rokiah Abdullah, Ihsan Kedutaan Besar Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 Oktober. – Kedutaan Besar Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam (NBD) melalui Princess Maha Chakri Award (PMCA) Foundation telah mengadakan 6th Princess Maha Chakri Award Forum and the International Conference mengenai Pendidikan Saksama telah berlangsung di IMPACT Forum, Bangkok Thailand.

Majlis Perasmian 6th PMCA Forum berkenaan telah disempurnakan oleh Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn. Majlis berkenaan disiarkan secara langsung di Kedutaan Besar Diraja Thailand di NBD dari pukul 9.30 pagi hingga 12.20 tengah hari.

Pada forum berkenaan, penerima Anugerah PMCA 2025 dari NBD, Dayang Hajah Sharifah binti Haji Mohd. Shahlan, menyampaikan pembentangan laporan mengenai inspirasi dan pencapaian beliau semasa majlis pembukaan serta sesi Show and Share yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2026.

MCA Award merupakan anugerah antarabangsa yang ditubuhkan pada 2015 bagi mengiktiraf jasa dan pencapaian cemerlang Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn of Thailand's dalam bidang pendidikan serta usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat, khususnya golongan yang paling kurang bernasib baik di rantau kecil ini.

Anugerah PMCA diberikan kepada guru-guru cemerlang dari negara-negara ASEAN, Republik Rakyat Bangladesh, Bhutan dan Mongolia yang telah membawa perubahan positif dalam kehidupan para pelajar serta memberikan sumbangan besar kepada bidang pendidikan di negara masing-masing.

Sehubungan itu, pihak Kedutaan Besar Diraja Thailand di NBD turut menjemput wakil-wakil media untuk menghadiri Majlis Perasmian 6th PMCA Forum and the International Conference berkenaan secara maya.

Hadir pada majlis berkenaan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke NBD, Tuan Yang Terutama Akrapong Chalermnon.

Juga hadir, para pegawai dari Kementerian Pendidikan dan penerima Anugergah PMCA sebelumnya.