Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Daerah Brunei dan Muara
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Oktober. - Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) melalui Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan telah membuat rondaan dan siasatan mengenai pembuangan sampah yang tidak teratur di kawasan bangunan Rimba Kompleks.
Hasil daripada siasatan pihak jabatan telah mengeluarkan satu tawaran kompaun ke atas seorang individu kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30).
Individu berkenaan ialah Rajib Miah, warganegara Republik Rakyat Bangladesh dikenakan denda kompaun sebanyak BND500 pada 29 September 2026 atas kesalahan di bawah Bab 12 (1) (a).
Individu berkenaan diarahkan untuk membersihkan dan menjelaskan denda kompaun dalam masa tujuh hari.
Jika gagal, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30), iaitu sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi BND9,000 bagi individu atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Pihak jabatan juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan WhatsApp +673 8321581.