Sebuah syarikat dikenakan kompaun

9 Sep 2026 - 5:51am

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Daerah Temburong

TEMBURONG, Selasa, 8 September. - Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong telah melaksanakan pemeriksaan ke beberapa kawasan di sekitar Mukim Bokok, Daerah Temburong.

Hasil pemeriksaan didapati sebuah syarikat dikenakan tindakan kompaun atas Perlanggaran Peruntukkan di bawah Akta Kesalahan Rampaian iaitu kesalahan membuang dan melonggokan sampah sarap dengan tidak teratur dan bukan di tempat yang dikhaskan.

Omar Abdul Aziz Workshop, dikenakan denda sebanyak BND1,000 atas kesalahan tersebut. Syarikat tersebut telah diberikan tempoh satu minggu untuk menjelaskan pembayaran kompaun serta diarahkan untuk membersihkan kawasan.

Jika gagal melaksanakan arahan, kesalahan sedemikian boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Rampaian Bab 12(1) iaitu sabit kesalahan denda tidak melebihi BND1,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi BND3,000 bagi kesalahan seterusnya dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

Sehubungan itu, Jabatan Daerah Temburong mengingatkan kepada orang ramai dan pemilik-pemilik syarikat perniagaan agar tidak mengambil ringan mengenai isu kebersihan.

Tindakan itu adalah langkah berterusan Jabatan Daerah Temburong agar semua pihak sama-sama mengambil perhatian dan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar.