Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Ogos. - Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JB BSB) ingin memaklumkan kepada orang awam, khususnya para pengguna pengangkutan air dan penduduk sekitarnya, mengenai penutupan sementara Jeti Sungai Lampai untuk kegunaan awam bermula Selasa, 11 Ogos 2026.
Penutupan berkenaan adalah susulan daripada hasil pemeriksaan teknikal yang dijalankan oleh pihak jabatan, yang mendapati struktur jeti berkenaan telah mengalami kerosakan dan berada dalam keadaan tidak selamat untuk digunakan.
Langkah penutupan berkenaan diambil demi menjamin keselamatan awam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pemulihan selesai dilaksanakan.
Sebagai langkah alternatif bagi urusan pergerakan keluar dan masuk sepanjang tempoh penutupan berkenaan, orang awam adalah disarankan untuk menggunakan Jeti Bubungan Dua Belas.
Pihak JB BSB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai perhatian serta kerjasama orang awam berhubung perkara berkenaan demi keselamatan bersama.
Kerjasama dan perhatian orang awam berhubung perkara berkenaan adalah sangat dihargai.