Pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap yang baharu

27 Og 2026 - 6:59am

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Ogos. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Awang Suhara Fadzali bin Haji Yusop menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Tarikh pelantikan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai Khamis, 14 Rabiulawal 1448 Hijrah bersamaan dengan 27 Ogos 2026 Masihi.