Keputusan peperiksaan SPB dikeluarkan 27 Ogos ini

27 Og 2026 - 5:38am

Siaran dan Foto : Kementerian Pendidikan

BERAKAS, Rabu, 26 Ogos. - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan sukacita memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) - Jun 2026 akan dikeluarkan pada Khamis, 27 Ogos 2026.

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan berkenaan boleh mengambil slip atau sijil masing-masing di Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan semasa waktu bekerja, iaitu pada Isnin hingga Khamis mulai pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Manakala pada Sabtu, mulai pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang.