Kempen Kebersihan pupuk semangat kerjasama komuniti

20 Sep 2026 - 5:01am

Berita dan Foto : Ihsan Majlis Perundingan Mukim Serasa

SERASA, Sabtu, 19 September. - Kempen Kebersihan dan menyiangi kawasan perkuburan Kampung Bukit Serasa telah diadakan baru-baru ini.

Turut hadir semasa Kempen Kebersihan berkenaan, Ketua Kampung Serasa, Awang Abdurrahman bin Haji Othman.

Kempen berkenaan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan dan menyiangi kawasan perkuburan, khususnya memotong pokok-pokok liar yang menghalang laluan menuju ke kawasan perkuburan di Kampung Bukit Serasa.

Selain memastikan kawasan perkuburan sentiasa bersih, teratur dan mudah dilalui, kegiatan berkenaan turut menjadi wadah bagi mengeratkan silaturahim serta semangat kerjasama dalam kalangan anak buah kampung.