Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas, Mohammad
MOSCOW, Rabu, 25 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi berkenan berangkat meninggalkan Moscow, Persekutuan Rusia setelah selesainya mengadakan Keberangkatan Negara ke Persekutuan Rusia selama dua hari pada 24 dan 25 November 2026.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned.
Hadir di Lapangan Terbang Vnukovo-2 bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi, Tuan Yang Terutama Valery Falkov; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Andrey Rudenko; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Mikhail Vladimirovich Baranov.
Turut hadir di lapangan terbang ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Pengiran Muhammad Husaini bin Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin, dan para pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar NBD di Moscow.