Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas, Mohammad Hasif Matzin
MOSCOW, PERSEKUTUAN RUSIA, Rabu, 25 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menghadiri Majlis Persantapan Tengah Hari dan Tete-a-Tete yang dihoskan oleh Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin bagi meraikan Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Rusia.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Majlis tersebut berlangsung di Chamber of Facets, Grand Kremlin Palace, Moscow dan diserikan dengan alunan muzik klasik Rusia.
Satu Kenyataan Bersama telah diterbitkan selepas tamatnya Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Moscow, Persekutuan Rusia.