BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping; dan Premier of the State Council Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Qiang, kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China berikutan dengan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Pelabuhan Gyirong, Wilayah Autonomi Xizang, Republik Rakyat China baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.