Berkenan hantar titah perutusan tahniah

31 Og 2026 - 7:26am

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Seri Anwar bin Ibrahim serta kerajaan dan rakyat Malaysia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-69.