Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 September. - Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Berakas ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki autisme yang telah melarikan diri.
Lelaki berkenaan ialah Muhammad Zulfadhli Safwan bin Haji Abd Rahman, berusia 37 tahun dengan nombor Kad Pintar 01-036538 (Kuning).
Jika terdapat sebarang maklumat mengenainya, sila hubungi Balai Polis Berakas melalui talian +673 2330412 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.