Bantu kesan anak perempuan keluar dari rumah

23 Sep 2026 - 11:13pm

Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 September. - Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Kampong Ayer ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang anak perempuan dipercayai keluar dari rumah.

Perempuan tersebut ialah Nurul Izzatul Aina binti Rusli, berusia 19 tahun dengan nombor Kad Pengenalan 01-160142 (Kuning). Jika terdapat sebarang maklumat mengenainya, sila hubungi ke Balai Polis Kampong Ayer menerusi talian +673 2202333 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.