Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 September. – Fakulti Syariah bersama Badan Pelajar Syariah (BaSyar), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan Majlis Pembubaran Badan Pelajar Syariah Sesi 2025/2026 dan Majlis Pelantikan BaSyar Sesi 2026/2027, baru-baru ini.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian Anugerah Dekan Fakulti Syariah Sesi Akademik 2025/2026 bertempat di Auditorium, UNISSA.
Turut hadir, Dekan, Fakulti Syariah, Dr. Haji Azme bin Haji Matali selaku tetamu kehormat serta para pensyarah, pegawai dan kakitangan Fakulti Syariah.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada tetamu kehormat diikuti dengan ucapan daripada Presiden BaSyar.
Seramai 57 mahasiswa dan mahasiswi telah menerima Anugerah Dekan bagi Sesi Akademik 2025/2026 dari Tahun 1 hingga Tahun 4.
Majlis diadakan bagi menghargai Ahli BaSyar atas komitmen dan sumbangan diikuti memperkenalkan ahli baharu bagi Sesi 2026/2027.
Di samping itu, penyampaian Anugerah Dekan turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik bagi semester yang ditetapkan.