Operasi Kakas 94 / 2026 menyasarkan tempat perhentian bas, BSB dan hasil daripada operasi tersebut, seorang warga asing yang diperiksa telah pun ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, BSB bagi siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan dua kesalahan iaitu di bawah Bab 5(1), Akta Imigresen, Penggal 17, masuk ke negara ini tanpa melalui Pos Kawalan yang diisytiharkan dan di bawah Bab 6(1)(c), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai Pas Imigresen yang sah.
Sementara Operasi Kakas 95 / 2026 menyasarkan kawasan sekitar di Mukim Seria dan hasil daripada operasi tersebut, pemeriksaan ke atas seorang warga asing yang diperiksa telah membawa kepada penahanan individu tersebut ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Cawangan Kuala Belait bagi siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(3), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport.
Dalam pada itu, JIPK turut mengongsikan satu sesi pendakwaan hasil daripada Operasi Kakas 81 / 2026 yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, JIPK yang mana keterangan pendakwaan adalah seperti berikut iaitu Shafik Khan, seorang lelaki warganegara Bangladesh berumur 36 tahun mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 kerana tinggal lebih masa di negara ini setelah Pas Imigresen mansuh. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan tiga kali sebatan. Hukuman berkuat kuasa pada 11 Ogos 2026.