130 anak yatim terima infak

27 Og 2026 - 5:48am

Siaran Akhbar dan Foto : HiTUNE Group of Companies

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Ogos. - Seramai 130 anak yatim daripada seluruh daerah menerima infak sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Keluarga Haji Jamil dengan sokongan HiTUNE Group of Companies (HGOC) yang berlangsung di Ibu Pejabat HGOC, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi HGOC, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang, turut hadir selaku tetamu majlis dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.

Pengerusi Majlis, Dayang Hajah Noriah binti Haji Jamil juga selaku wakil keluarga penyumbang infak berkata bahawa majlis ini merupakan salah satu cara bagi menzahirkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai nabi junjungan sepanjang zaman oleh seluruh umat Islam di dunia ini.

"Majlis berkenaan turut menyemai semangat berkasih sayang dan keprihatinan terutama kepada golongan anak yatim. Alhamdulillah, anak-anak yatim dari seluruh daerah telah sama-sama diraikan bagi mengukuhkan silaturahim di samping menjadi platform untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan," ujarnya.

Majlis juga menyaksikan penyampaian cenderahati dan sijil sebagai dorongan dan sokongan kepada Dayang Erika Vitri Hasanah binti Haji Hamidon yang akan memulakan pengajian di Universiti Brunei Darussalam. Turut diserikan juga, bacaan dikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.