Lebih 6,700 penduduk dipindahkan selepas benteng sungai pecah di Republik Kesatuan Myanmar

1 Og 2026 - 7:55am

YANGON, 1 Ogos. - Seramai 6,747 penduduk dipindahkan selepas benteng Sungai Ngawun pecah di Perbandaran Laymyethna, Wilayah Ayeyarwady, menurut pasukan pentadbiran perbandaran itu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut pasukan itu, kejadian pada Khamis dipercayai berpunca daripada air dan pasir dari bawah tanah serta mendapan tanah yang menjejaskan struktur benteng berkenaan.

Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Penduduk terjejas ditempatkan di pusat pemindahan, manakala pihak berkuasa mengagihkan air minuman, makanan dan bekalan bantuan kecemasan lain. - ©BERNAMA